Tahukah anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi, dan gusi yang bengkak berpunca disebabkan oleh plak? gigi merupakan aset yang penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum, bercakap dan berhadapan dengan orang ramai. Tapi bagi sesetengah orang pada masa ni selalu mengabaikan kesihatan gigi dengan makan makanan seperti gula-gula, makanaan yang bersifat manis dan sebagainya. mereka tidak tahu apa akibatnya akan datang kepada gigi.Oleh itu saya ingin kongsikan tips penjagaan gigi dan gusi dengan baik.
Permakanan
Berus Gigi
cara yang betul dan tepat
- Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.
Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.
Gunakan Floss atau Interdental brush
Rutin pejagaan gigi dan pastikan gigi bersih dan bebas kaviti dengan melakukan rutin penjagaan gigi iaitu memberus dua kali sehari dan menggunakan Floss. Ia juga cara terbaik untuk membuang sisa makanan yang terlekat di gigi. Ia juga boleh digunakan untuk plak yang terbentuk dengan penggunaan indental toothbrush
Elakkan minuman Bergas atau Soda
Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan-lahan permukaan gigi. oleh itu saya syorkan banyakkan minum susu, air putih dan jus.
Elakkan merokok
Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut adalah disebabkan merokok. rokok juga akan meninggalkan kesan kekuningan pada gigi dan boleh melemahkan gigi. gigi mudah rapuh dan mudah reput. penyebab lain juga boleh mengakibatkan kancer mulut dan gusi.
Kunyah Gula-gula Getah
Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula sesuai digunakan untuk dikunyah selepas makan bagi bertindak membersihkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi.
Buat Pemeriksaan
Seeloknya buat pemeriksaan gigi dengan pakar doktor gigi bagi mencuci gigi dan membuang plak yang ada pada gigi. buat pemeriksaan 6 bulan atau 2 tahun sekali bagi mendapatkan nasihat atau tips yang lebih lanjut dari pakar gigi


No comments:
Post a Comment