Wednesday, 13 August 2014

RITMA LELAKI, PENGARUH DUNIA MUZIK


  ASSALAMUALLAIKUM, entry kali ni saya ingin menyetuh sedikit tentang pengaruh dunia muzik dimana ternyata elemen yang banyak mempengaruhi kehidupan seseorang lelaki. Menerusi muzik lelaki mengekspresikan emosi, meluahkan rasa, menyatakan kata bicara. Bagi sesetengah lelaki muzik adalah jiwa mereka bertapa hebatnya penangan muzik dalam diri kaum adam ini.


  Bercakap tentang muzik dan lelaki, di dunia ini terlahir ramai para genius muzik di kalangan lelaki. Baik sebagai pencipta lagu, penulis lirik, pemain muzik atau penyanyi yang membawakan lagu pelbagai genre. Muzik klasikal, lahir Mozart dan Beethoven. Rock kira didedahkan dengan Metallica Queen, The Beatles, Pink Flyod, Guns N Roses dan macam lagi.

  Bukan itu sahaj, Pop Rock, Alternatif, Balled, Hip hop, Jazz dan macam macam lagi genre telah melahirkan ribuan lelaki di dunia yang berbakat dan mengabdikan diri untuk muzik. Di negara kita sendiri pun terhimpun bakat-bakat yang hebat di dalam industry muzik yang mampu mencitpa ritma dan bait bertaraf antarabangsa.

  

Antara bakat bakat besar dalam industry dalam muzik. mereka merupakan generasi baru dan sedang mencipta kemasyhuran dalam industry muzik tanah air. Antara mereka Joe Flizzow dunia Rap dan Hip hop. Nomad pula setia dengan Pop Ballad. Awi Raffael dengan muzik tersendiri. dan Aweera dengan agenda muzik rock.


No comments:

Post a Comment