Wednesday, 6 August 2014

DIET ATKINS

ASSALAMUALLALAIKUM.. =) Entry kali ni saya nak cerita tentang kebaikan Diet Atkins. Diet yang sesuai untuk golongan yang gemuk dan gempal. Dan apa yang kita tahu rakyat malaysia adalah penyumbang kepada obesiti.60 peratus atau 17 juta dari 28juta rakyat malaysia adalah gemuk manakala 30 peratus lagi mengalami obesiti. Saya ingin kongsikan serba sedikit tentang cara untuk mengurangkan berat badan yang betul dan cepat. Apa itu Diet Atkins? Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan diet yang membantu kita dengan cara mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. dengan mengurangkan makanan seperti nasi, roti, mee, gula badan akan mula mambakar bahan lemak dan badan akan mula menyusut. jadi, bagi yang betul betul ingin mengurangkan berat badan dengan cepat digalakkan berpantang iaitu tidak boleh makan nasi, roti, dan gula. ia adalah penyumbang kepada obesiti. pernahkah kita tahu nasi ini merupakan karborhidrat yang terbesar di kalangan orang melayu. memang tidak dapat dinafikan lagi nasi adalah rutin makanan bagi orang melayu. ia ibarat bagai irama dengan lagu. tak boleh terpisah antara mulut dengan nasi.
                         
                                    

Bagi yang berazam untuk mengurangkan berat badan dngan cepat dan tampil dengan berat badan yang ideal dengan penuh disiplin dan berdedikasi untuk mengurangkan berat badan terdapat beberapa fasa anda harus ketahui. terdapat 4 fasa Diet Atkins:


  • Fasa pertama: Induction (permulaan dan pengenalan)2minggu atau lebih mengikut keadaan berat badan  
  • Fasa kedua : Ongoing Weight Loss (penyusutan berat badan berterusan)
  • Fasa ketiga : Pre maintanance
  • Fasa keempat: Lifetime maintanance


 Semasa 2 minggu induction.

 1) Elakkan makan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa     dengannya lah.
 2) Elakkan makan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-      apa yang sebangsa dengannya.
 3) Elakkan Gula, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
 4) Elakkan makan Buah-buahan dalam jangka masa 2minggu(lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).  5) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc),dan paling penting            kurangkan pengambilan kopi!
 6) Elakkan makan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
 7) Elakkan makanan seperti kacang untuk 2 minggu.
 8) Elakkan makanan seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 9) Elakkan makanan bertepung          seperti kek, biskut,



 Digalakkan makan.
 1) Ayam panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
 2) Semua ikan sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari,              tenggiri, terubok, ikan bilis.
 3) Semua daging rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... pastikan          halal.
 4) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
 5) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam,            salad, timun.
 6) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari. 
 7) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

kalau nak makan supplement atau vitamin digalakkan untuk menambahkan tenaga dan kuatkan daya tahanan badan. pastikan sehari anda makan tidak melebihi 20 gram Carbs sehari kalau nak kurus. memang kalau difikirkan menyiksa diri namanya. tapi bagi yang berazam perlu disiplin.

1 comment: