Sunday, 31 August 2014

BAJET VS KERETA

huh! seminggu je habis rm 50 untuk minyak kereta sahaja. bulan-bulan kena bayar duit kereta. servis, aksesori kereta belum lagi. belum belanja barang dapur, duit rumah sewa, bil air dan elektrik lagi. tambah2 kepada pelajar mahasiswa-siswi. kalau seminggu bajet dalam rm100-200 cukup ke??

persoalan di sini macam mana nak bajet perblanjaan bila dah ada kereta.. khususnya pelajar yang belajar di universiti atau kolej dan tenaga pengajar. tidak dinafikan ekonomi sekarang ni mendorong kita untuk berhati-hati bila berbelanja. dengan kenaikan harga minyak, barang dapur memang tak cukup kalau nak dikira balik kan . jadi kepada yang tengah menyambung belajar atau baru bekerja dan masih bujang lagi tak perlu pakai kereta besar2 ni. cukup untuk kita pergi balik kolej atau ke tempat kerja sudah.

  

ada beberapa cara untuk bajet perbelanjaan bila kita dah ada kereta dan mungkin boleh menyimpan sedikit untuk nak makeup kereta anda dan boleh menabung untuk masa hadapan.


  1. berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke tempat belajar juga satu amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan anda.
  2. berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air. ia dapat mengurangkan kos bulanan anda
  3. kalau di kolej atau univrsiti kita boleh buat "part-time" menghantar pelajar ke stesen bas. ia dapat menambahkan pendapatan bulanan.

tak susah kalau nak berjimat. senang dan mudah. lagi pun dapat manfaat bila kita dapat berjimat. kita dapat tanggung kos bila di tempat belajar. dapat la tampung untk bayar duit bulan-bulan kereta dan rumah sewa. 

Wednesday, 20 August 2014

PANDUAN UNTUK MENDAPAT SIX PACK


macam mana nak dapatkan badan seperti di atas??
saya ada beberapa panduan yang ingin dikongsikan kepada anda. banyak cara yang boleh digunakan untuk mendapat six pack yang cantik. 


Tetapi sebelum berazam . memerlukan motivasi yang tinggi dan berkeyakinan untuk melakukannya. bagi yang badan agak gemuk dan boroi perlukan masa yang lama untuk kuruskan berat badan dahulu. yelah, kalau dah boroi macam mana nak dapatkan six pack. kalau one pack tu boleh lah. saya ada beberapa tips untuk kempiskan berat badan. ambil masa sedikit untuk kempiskan perut ni. antara cara-cara ialah diet biasa atau diet atkins dan bersenam 2 atau 3 kali seminggu. kalau malas bersenam di luar buat di rumah pun boleh. 

Bila dah selesai mulakan senaman untuk mndapat six pack. caranya ialah melalui puch up dan crunches. kalau di gym boleh buat blench untuk puch up dan sit up. sit up boleh buat dimana mana walaupun dekat dalam rumah.

Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara.

Yang selalu aku buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100 lebih.



JAGA PERMAKANAN BILA SUDAH DAPAT SIX PACK


Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan mcamtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok.

Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren keran minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula

SENAMAN UNTUK MENDAPAT KETINGGIAN

ASSALAMUALLAIKUM, kepada pembaca blog. entry kali ni saya memang dah lama nak update. tapi itu la takde masa kan . kali saya ingin kongsikan cara atau tips senaman untuk mendapatkan ketinggian. bagi lelaki dan perempuan yang rendah mesti inginkan diri mereka tinggi sedikit, tapi memakan masa yang lama. mungkin sebulan atau dua bulan. bagi yang sudah berumur melebihi 21 tahun ke atas. mungkin susah sikit nak dapatkan ketinggian. kalau boleh pun dalam 3-9cm.  banyak cara senaman atau permakanan yang boleh mendapat ketinggian sedikit.


banyakkan makan buah-buahan dan minum susu. ia boleh menguatkan tulang kita dan bolehkan kita tinggi dngan cepat. kerap minum susu 2 atau 3 kali sehari. 

lakukan senaman ini 2 kali seminggu. Senaman ini fokus untuk tulang belakang kita. gaya senaman seolah-olah senaman berenang tetapi berenang di darat. senaman ini perlu dilakukan perlahan-lahan dan mulakan menahan selama 5 atau 20 saat.



senaman ini juga bagi menguatkan tulang belakang kita. perlu dilakukan menahan selama 5 atau 20 saat.


senaman ini pun memerlukan daya tahanan yang kuat. perlukan menahan selama 10 atau 20 saat. kalau boleh buat 2 kali seminggu. 


senaman begini pun untuk tinggi juga. ia juga boleh kempiskan perut. sebab perut akan terasa kejang bila lakukan senaman begini. buat selama 10 atau 20 saat.


senaman ini membantu meregangkan otot bahagian bahagian peha. 



macam ni senaman yang selalu dibuat jika nak dapatkan ketinggian. sakit jugalah kalau nak tahan . tapi kena ada mentaliti yang kuat laa. seboleh bolehnya tahan selama seminit hingga 3 minit.




tidur dengan secukupnya setiap hari. sekurang-kurangnya 7 hinga 8 jam sehari.


bila kita bersungguh-sungguh melakukan senaman ini.secara tidak langsung badan kita akan jai lebih sihat, serta senaman ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. selain itu ia juga dapat memperkuatkan dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung dan ia menambahkan penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya dapat meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot. ia dapat mengawal dan membakar lemak kolestrol. ia juga dapat mengurangkan ketengangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan. dan ia juga membantu tidur dengan nyenyak.








Friday, 15 August 2014

TIPS PENJAGAAN GIGI DAN GUSI


Tahukah anda bahawa nafas berbau, pereputan gigi, dan gusi yang bengkak berpunca disebabkan oleh plak? gigi merupakan aset yang penting kerana gigi yang cantik akan memberikan keyakinan untuk kita senyum, bercakap dan berhadapan dengan orang ramai. Tapi bagi sesetengah orang pada masa ni selalu mengabaikan kesihatan gigi dengan makan makanan seperti gula-gula, makanaan yang bersifat manis dan sebagainya. mereka tidak tahu apa akibatnya akan datang kepada gigi.Oleh itu saya ingin kongsikan tips penjagaan gigi dan gusi dengan baik.


  
kali ni saya ingin kongsikan beberapa tips untuk penjagaan gigi dan gusi. Antaranya:

Permakanan

Permakanan mesti dijaga dengan sempurna . jangan terlalu makan makanan yang manis dan melekit contohnya coklat, gula-gula dan sebagainya kerana boleh melekat pada celah-celah gigi dan boleh mengakibatkan gigi berlubang dan menjadi pemangkin kepada bakteria. bukan tidak boleh mengambil makanan seperti itu tapi kurangkan pengambilan. macam coklat atau gula-gula akan mengakibatkan gigi melekat di celah gigi, mulalah tercungkil-cungkil dngan lidah. seeloknya selepas makan minum air putih atau berkumur kerana ia boleh menjaga dan membersihkan gigi sementara.

Berus Gigi 

Kerap mengosok gigi. seeloknya gosok gigi 2 atau 3 kali sehari kerana ia penting bagi menjamin kebersihan dan kesihatan gigi dan gusi.membersihkan gigi juga dapat menghalang daripada bakteria penyebab kaviti daripada terus menyebabkan gingivitis atau penyakit gusi. berus gigi mengikut rutin iaitu pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. sebelum tidur selepas gosok gigi pastikan tidak makan sebarang makanan atau minuman manis. sebelum itu saya ingin berikan toturial atau cara memberus gigi dengan betul:

cara yang betul dan tepat

- Gunakan vertical technique. Gosok ke atas dan ke bawah atau lebih tepat membulat (circular motion). Sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. Urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow dan menyihatkan gusi.
- Cara horizontally tak bagus, kerana boleh menyebabkan:

i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) bulu berus gigi (bristles) boleh mesuk ke ruang kecil antara gigi dan gusi.
Jangan gosok terlalu kuat. Gosok dengan sederhana supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
Pilih bristles ( bulu berus gigi ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan merosakkan gigi dan mencederakan gusi.
Gosok juga lidah anda sebab boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau.

Gunakan Floss atau Interdental brush

Rutin pejagaan gigi dan pastikan gigi bersih dan bebas kaviti dengan melakukan rutin penjagaan gigi iaitu memberus dua kali sehari dan menggunakan Floss. Ia juga cara terbaik untuk membuang sisa makanan yang terlekat di gigi. Ia juga boleh digunakan untuk plak yang terbentuk dengan penggunaan indental toothbrush

Elakkan minuman Bergas atau Soda

Minuman bergas atau soda mengandungi asid seperti asid citric dan asid fosforic. Asid-asid ini akan perlahan-lahan permukaan gigi. oleh itu saya syorkan banyakkan minum susu, air putih dan jus.

Elakkan merokok

Antara penyebab utama gigi dan kerosakan tisu mulut adalah disebabkan merokok. rokok juga akan meninggalkan kesan kekuningan pada gigi dan boleh melemahkan gigi. gigi mudah rapuh dan mudah reput. penyebab lain juga boleh mengakibatkan kancer mulut dan gusi.

Kunyah Gula-gula Getah

Ada chewing gums yang tidak mengandungi gula sesuai digunakan untuk dikunyah selepas makan bagi bertindak membersihkan sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Buat Pemeriksaan

Seeloknya buat pemeriksaan gigi dengan pakar doktor gigi bagi mencuci gigi dan membuang plak yang ada pada gigi. buat pemeriksaan 6 bulan atau 2 tahun sekali bagi mendapatkan nasihat atau tips yang lebih lanjut dari pakar gigi

Wednesday, 13 August 2014

RITMA LELAKI, PENGARUH DUNIA MUZIK


  ASSALAMUALLAIKUM, entry kali ni saya ingin menyetuh sedikit tentang pengaruh dunia muzik dimana ternyata elemen yang banyak mempengaruhi kehidupan seseorang lelaki. Menerusi muzik lelaki mengekspresikan emosi, meluahkan rasa, menyatakan kata bicara. Bagi sesetengah lelaki muzik adalah jiwa mereka bertapa hebatnya penangan muzik dalam diri kaum adam ini.


  Bercakap tentang muzik dan lelaki, di dunia ini terlahir ramai para genius muzik di kalangan lelaki. Baik sebagai pencipta lagu, penulis lirik, pemain muzik atau penyanyi yang membawakan lagu pelbagai genre. Muzik klasikal, lahir Mozart dan Beethoven. Rock kira didedahkan dengan Metallica Queen, The Beatles, Pink Flyod, Guns N Roses dan macam lagi.

  Bukan itu sahaj, Pop Rock, Alternatif, Balled, Hip hop, Jazz dan macam macam lagi genre telah melahirkan ribuan lelaki di dunia yang berbakat dan mengabdikan diri untuk muzik. Di negara kita sendiri pun terhimpun bakat-bakat yang hebat di dalam industry muzik yang mampu mencitpa ritma dan bait bertaraf antarabangsa.

  

Antara bakat bakat besar dalam industry dalam muzik. mereka merupakan generasi baru dan sedang mencipta kemasyhuran dalam industry muzik tanah air. Antara mereka Joe Flizzow dunia Rap dan Hip hop. Nomad pula setia dengan Pop Ballad. Awi Raffael dengan muzik tersendiri. dan Aweera dengan agenda muzik rock.