persoalan di sini macam mana nak bajet perblanjaan bila dah ada kereta.. khususnya pelajar yang belajar di universiti atau kolej dan tenaga pengajar. tidak dinafikan ekonomi sekarang ni mendorong kita untuk berhati-hati bila berbelanja. dengan kenaikan harga minyak, barang dapur memang tak cukup kalau nak dikira balik kan . jadi kepada yang tengah menyambung belajar atau baru bekerja dan masih bujang lagi tak perlu pakai kereta besar2 ni. cukup untuk kita pergi balik kolej atau ke tempat kerja sudah.
ada beberapa cara untuk bajet perbelanjaan bila kita dah ada kereta dan mungkin boleh menyimpan sedikit untuk nak makeup kereta anda dan boleh menabung untuk masa hadapan.
- berkongsi kenderaan ke tempat kerja atau ke tempat belajar juga satu amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan anda.
- berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air. ia dapat mengurangkan kos bulanan anda
- kalau di kolej atau univrsiti kita boleh buat "part-time" menghantar pelajar ke stesen bas. ia dapat menambahkan pendapatan bulanan.
tak susah kalau nak berjimat. senang dan mudah. lagi pun dapat manfaat bila kita dapat berjimat. kita dapat tanggung kos bila di tempat belajar. dapat la tampung untk bayar duit bulan-bulan kereta dan rumah sewa.